the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pendengaran rayuan akhir Paul Yong 23 Okt ini

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan 23 Okt depan untuk mendengar rayuan akhir bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah kerana merogol pembantu rumahnya, lima tahun lalu.

Peguam Yong, Datuk Rajpal Singh ketika dihubungi oleh Bernama hari ini mengesahkan tarikh pendengaran tersebut.

Pada 1 Mac lalu, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1, mengekalkan sabitan bersalah terhadap Yong.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengurangkan tempoh hukuman penjara Yong daripada 13 tahun kepada lapan tahun dengan dua sebatan.

Pada 27 Julai 2022, Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak, menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dengan dua sebatan terhadap Yong selepas didapati bersalah merogol pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia berusia 23 tahun, di sebuah bilik di rumahnya di Ipoh pada 7 Julai 2019.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Loan approvals taking longer following hire-purchase reform, dealers claim

Dealers told theSun that the HirePurchase (Amendment) Act 2026 had yet to produce any visible shift in sales or customer behaviour, although some reported slower loan processing and more questions about financing terms.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings