the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengarah syarikat rugi RM120,000 ditipu scammer guna dokumen kerajaan

SIBU: Seorang pengarah sebuah syarikat di Bintulu mengalami kerugian kira-kira RM120,000 selepas terperdaya oleh seorang individu yang menyamar sebagai wakil sebuah jabatan kerajaan di Miri yang menggunakan dokumen pesanan kerajaan memintanya membekalkan barangan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata dalam satu kenyataan hari ini berkata mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia awal 60-an itu menerima dokumen itu yang dihantar individu yang tidak dikenalinya itu menerusi aplikasi WhatsApp pada awal Januari ini.

“Mesej yang dihantar suspek itu mengandungi dokumen pesanan Kerajaan Malaysia untuk mendapatkan polycarbonate natural anodized aluminium sliding window bagi kerja-kerja menaik taraf sebuah pejabat jabatan kerajaan di Niah, Miri,” katanya.

Menurutnya, suspek juga telah meminta supaya barangan yang dipesan itu mestilah dari jenama Jeng Cheng yang hanya boleh dibeli dari seorang pembekal di bandar raya Miri dan mangsa telah diberikan satu nombor telefon untuk menghubungi pembekal berkenaan.

“Mangsa telah menghubungi nombor telefon tersebut dan berurusan dengan seorang lelaki tidak dikenali yang mendakwa sebagai pembekal polycarbonate jenama Jeng Cheng itu. Mangsa kemudian telah melakukan tiga transaksi pemindahan wang dalam talian yang keseluruhannya berjumlah lebih kurang RM120,000 ke satu akaun bank milik individu tidak dikenali pada pertengahan Januari ini untuk pembelian itu,” katanya.

Mancha berkata mangsa hanya menyedari ditipu setelah barangan yang dibeli dan pesanan kerajaan seperti yang dijanjikan suspek tidak diterima, selain mendapat pengesahan jabatan kerajaan terbabit bahawa mangsa tidak terlibat dengan kerja-kerja menaik taraf pejabat seperti yang didakwa dalam mesej WhatsApp yang diterimanya.

Beliau berkata mangsa telah membuat laporan polis semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan dengan cara tidak jujur mendorong supaya harta diserahkan yang membawa hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Ekoran kes itu, Mancha menasihatkan pemilik syarikat agar membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak berkenaan sebelum melakukan sebarang transaksi pembayaran untuk pembelian barangan bagi kerja-kerja pembinaan atau pengubahsuaian bangunan kerajaan.

“Jangan mudah terpedaya dengan harga atau keuntungan tinggi yang ditawarkan oleh suspek bagi sesuatu pembelian atau kerja-kerja pengubahsuaian bangunan. Jangan hubungi nombor telefon yang diberikan suspek untuk apa sahaja tujuan bagi mengelakkan anda ditipu sindiket,” katanya.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings