SHAH ALAM: Polis mengesahkan penahanan pengasas sebuah syarikat yang dituduh menganjurkan program motivasi rumah tangga dengan kandungan tidak bermoral di sebuah pusat konvensyen di sini tahun lalu. Pasangan suami isteri itu ditahan hari ini selepas siasatan berterusan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim menyatakan, “Pengasas E-hati Diyana dan suami telah ditahan. Maklumat lanjut menyusul selepas beberapa tindakan diambil.”
Sebelum ini, media melaporkan peguam pasangan itu, Datuk M Reza Hassan, mengesahkan penahanan tersebut. Anak guamnya memberikan kenyataan di IPD Petaling Jaya sebelum dibawa ke IPD Shah Alam.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan sebelum ini memaklumkan bahawa polis akan memanggil semua peserta program bagi merakam percakapan sebagai sebahagian siasatan. “Tindakan berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 122 Kanun Acara Jenayah,“ katanya.
Siasatan bermula selepas polis membuka kertas inkuiri berhubung dakwaan kandungan tidak bermoral dalam program motivasi tersebut. - Bernama