Your Title

TULAR di media sosial berkenaan seorang peniaga donut susu yang didakwa menggunakan unsur lucah dan perkataan kotor dalam mempromosikan perniagaannya.

Tindakan tersebut telah mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Terdapat juga sebilangan netizen yang mengatakan peniaga tersebut “jijik” dan tidak sensitif dengan menggunakan perkataan yang berunsur lucah dan kotor.

Antara penggunaan perkataan yang disifatkan jijik oleh netizen ialah “berayaq” dan “cirit”.

Justeru itu, peniaga tersebut dikecam hebat oleh pengguna media sosial atas tindakannya tersbut.

Tidak tinggal diam, peniaga donut susu berayaq akhirnya tampil mohon maaf dan memberikan penjelasan melalui sebuah hantaran di TikTok.

“Untuk pengetahuan semua, berayaq bermaksud doh kami yang cair. Dan bila makan, donut cair di dalam mulut.”

Peniaga tersebut juga menjelaskan tentang penggunaan perkataan ‘cirit’ di dalam video promosi donut susunya.

“Untuk pengetahuan semua, cirit itu bukanlah tagline dari kami,”

“Dan video telah tular baru-baru ini bukanlah idea dari kami untuk bercakap tentang perkara itu, kami hanya melakonkan apa yang diarahkan.”

Peniaga tersebut juga memohon maaf sekiranya pengguna media sosial salah tafsir video promosi tersebut.

Selain itu, peniaga tersebut juga mengatakan dia telah memaafkan semua komen yang menghinanya.