the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ribut rosakkan bangunan awam Selangor, sekolah ditutup sementara

KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya Selangor dan Kuala Langat sedang menjalankan pemeriksaan struktur serta penilaian keselamatan terhadap beberapa bangunan awam yang rosak di Telok Panglima Garang akibat dilanda ribut petang tadi.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya antara premis terjejas apabila bumbungnya mengalami kerosakan.

JKR menasihati pihak sekolah agar menangguhkan sesi persekolahan sehingga keselamatan struktur bangunan dapat dipastikan.

Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Selangor juga sedang menjalankan pemeriksaan terhadap sistem pendawaian bangunan terjejas sebagai langkah awal mengelakkan kemalangan.

Beliau berkata blok baharu di bawah program Sekolah Berkepadatan Tinggi yang baru diserahkan turut mengalami kerosakan kecil pada penutup bumbung.

Kontraktor diarahkan melaksanakan pembaikan segera bagi menangani kerosakan tersebut.

JKR sedang menyediakan anggaran kerja pembersihan serta perlindungan aset bagi mengelakkan kerosakan lebih serius.

Nanta telah mengarahkan agar semua tindakan dilaksanakan segera dengan sewajarnya bagi memastikan keselamatan awam.

Beliau turut merakamkan simpati kepada mangsa insiden runtuhan bangunan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri Sijangkang di Dewan Wawasan Kampung Medan.

Setakat ini seorang wanita cedera selepas terperangkap di bawah runtuhan dan berjaya diselamatkan anggota bomba sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan.

Beberapa murid turut dilaporkan cedera ringan apabila runtuhan berlaku di surau Kelas Al-Quran dan Fardu Ain berhampiran lokasi kejadian.

Beliau menasihati orang awam supaya menjauhi kawasan terjejas bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Nanta menyeru semua pihak menjaga keselamatan diri dan keluarga semasa situasi cuaca buruk ini.

Seorang wanita berusia 51 tahun cedera selepas terperangkap di bawah runtuhan bumbung Dewan Wawasan Kampung Medan yang turut menempatkan Pejabat Penyelaras DUN Sijangkang.

Kejadian berlaku susulan ribut dan hujan lebat petang tadi di kawasan tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar melaporkan bumbung sebuah premis bersebelahan dewan yang menempatkan surau KAFA turut runtuh.

Runtuhan tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh murid cedera ringan dan mendapat rawatan perubatan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings