ABU DHABI: Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini memeterai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-UAE (CEPA) yang bertujuan membuka peluang baharu dalam perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi.

Majlis permeteraian itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UAE dan Pemerintah Abu Dhabi Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan di ADNEC Center, di sini.

Terdahulu, Anwar yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke UAE mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden UAE ITU.

Perdana Menteri kemudian bersama-sama beberapa pemimpin dunia menghadiri majlis perasmian Abu Dhabi Sustainability Week (ADSW) 2025 yang disempurnakan Sheikh Mohamed.