WASHINGTON: Perkhidmatan Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat (ICE) menahan seorang TikToker terkenal, Khaby Lame kerana visanya tamat tempoh, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Perkhidmatan Imigresen dan Kastam AS menahan Seringe Khabane Lame, 25 tahun, warganegara Itali pada 6 Jun di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid, Las Vegas, Nevada atas kesalahan imigresen,“ menurut ICE dalam satu kenyataan kepada Agence France-Presse.
Menurut pihak berkuasa, Lame memasuki Amerika Syarikat pada 30 April, tetapi didapati telah tinggal melebihi tempoh visa.
Pempengaruh itu dibebaskan pada hari dia ditahan, selepas itu dia secara sukarela meninggalkan negara itu.
Lame ialah Duta Muhibah UNICEF dan antara pempengaruh TikTok paling popular, dengan lebih 162 juta pengikut.
Video pendeknya tanpa berkata-kata telah menjadi tular kerana menyindir arahan dan nasihat yang rumit di Internet.