the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar kunjungi kediaman Gobind Singh Deo sempena Deepavali

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan kunjungan ke kediaman Menteri Digital Gobind Singh Deo sempena sambutan Deepavali.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata kunjungan itu bertujuan meraikan semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

“Semoga seluruh penganut Hindu berbahagia di samping keluarga tersayang,“ katanya.

Turut mengiringi Perdana Menteri ialah isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beberapa pemimpin kanan turut hadir termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke juga antara yang hadir.

Anwar turut memuat naik tujuh keping gambar sempena kunjungan berkenaan.

Dalam hantaran berasingan, Perdana Menteri menyeru rakyat memanfaatkan sambutan Pesta Cahaya itu untuk menyemai perpaduan.

Beliau menggesa masyarakat menyantuni mereka yang memerlukan dan memperteguh semangat kekitaan.

Semangat kekitaan itu menjadi asas kekuatan negara menurutnya.

Sebagai bangsa yang kaya dengan kepelbagaian budaya, semangat saling menghormati perlu sentiasa dipupuk.

Persefahaman antara satu sama lain juga perlu diperkukuh berterusan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings