the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM jelaskan cabaran turun harga minyak RON95 walaupun enam sen

JITRA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tidak mudah bagi kerajaan menurunkan harga minyak RON95 walaupun hanya enam sen kerana ia melibatkan implikasi kewangan yang besar terhadap negara.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, keputusan itu memerlukan penilaian teliti sebelum diumumkan kepada rakyat pada Rabu lepas. “Kita turunkan harga minyak kepada RM1.99… ya memang negara seperti Thailand, Singapura sudah turun terlebih dahulu (berbuat demikian) tetapi kita lebih rendah dan ini adalah untuk rakyat Malaysia,“ katanya.

Anwar menyatakan bahawa terdapat pihak yang tidak memahami usaha kerajaan dan mempertikaikan keputusan tersebut. “Tak syukur, tak setuju tidak apa tetapi bukan mudah… sebab itu ambil masa kira berhari-hari, jadi jangan diremehkan benda ini… mereka kata beza enam sen tapi mereka tidak dengar penerangan,“ jelasnya semasa berucap di Majlis Perasmian Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2025 di Dataran Darulaman.

Beliau turut membidas kritikan mengenai subsidi untuk warga asing dengan menyatakan bahawa mereka tidak membayar cukai kepada kerajaan. “Saya pelik bila ada pembangkang cakap kenapa bebankan warga asing, mereka pun bagi sumbangan kepada negara… saya tak faham di dunia mana orang asing itu diberi layanan sama dengan warganegara?” katanya.

Selain itu, Anwar mempertahankan pemberian RM100 di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang turut mendapat kritikan. “Pemberian RM100 merupakan tambahan daripada peruntukan RM13 bilion kepada RM15 bilion… suami, isteri akan dapat seorang RM100, kalau ada anak umur 18 tahun dapat lagi,“ jelasnya.

Perdana Menteri turut menyentuh mengenai penangguhan kenaikan kadar tol yang menyebabkan kerajaan menanggung kos tambahan sehingga RM500 juta. “Kalau ikut perjanjian, tol mesti naik tahun ini… bukan saya buat perjanjian tu, (kerajaan) yang dulu yang buat perjanjian. Kalau kerajaan tak naik, kerajaan kena bayar tapi kerajaan tak naik sebab ia akan bebankan rakyat, jadi tidak mahu ucap terima kasih pun jangan la kutuk saya,“ tegasnya.

Lebih 6,000 orang hadir pada program yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat dalam memerangi ancaman dadah. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings