KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki untuk hadir di Mahkamah Majistret 9, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi perbicaraan kes yang disiasat mengikut Sekyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood menerusi kenyataan hari ini berkata lelaki berkenaan Syed Mohammad Faris Ismadi Md Akhir, 33, beralamat terakhir di nombor 375, Blok 16, Felda Keratong 9, Muadzam Shah, Pahang.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Nik Nuhairi Syazwan Nik Ab Rahman menerusi talian 011-1782 4934 atau Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields 03-2297 9222 sambungan 9223, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran,“ katanya.