KUANTAN: Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang semalam di Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan Nardeep Kaur, 38, daripada ibu saudara wanita itu pada 11.21 pagi semalam.

Beliau berkata wanita itu kali terakhir dilihat di Taman Saga, Bentong dengan pakaian kemeja-T dan berseluar panjang.

“Nardeep Kaur berkulit hitam manis mempunyai ketinggian kira-kira 153 sentimeter dan berbadan sederhana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaiham berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong menerusi talian 09-2231999.