Your Title

SHAH ALAM: Polis menafikan dakwaan bahawa keterangan saksi telah dipinda berhubung kes dadah membabitkan seorang selebriti yang ditahan di Sepang pada 14 Dis lepas.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikaladevi berkata pihaknya telah menjalankan siasatan secara telus mengikut peruntukan ditetapkan.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya pada 19 Dis dan telah mendapat arahan pertuduhan di bawah Seksyen 6 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pada hari ini, tangkapan itu telah dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan dakwaan yang tidak disahkan berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, sekali gus mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan kandungan yang tidak sahih.