Your Title

BUKIT MERTAJAM: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dipercayai tertembak diri sendiri membabitkan seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang, ketika mahu menghadiri latihan menembak di jabatan itu, di sini hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu yang berlaku kira-kira 9 pagi tadi dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Sekarang ini mangsa dilaporkan sedang menerima rawatan di hospital dan siasatan lanjut masih dijalankan,“ katanya tanpa mengulas lanjut.

Beliau berkata pihak polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu selepas siasatan selesai.

Sementara itu, menurut sumber kejadian itu membabitkan pegawai kastam lelaki yang bertugas di sini dan mangsa ketika ini sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).