• 2025-10-10 04:33 PM

KUCHING: Polis Sarawak bersedia digerakkan pada bila-bila masa untuk membantu memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata jumlah anggota yang bakal terlibat masih belum diputuskan kerana bergantung kepada keperluan serta permintaan Polis Sabah.

Beliau menegaskan Polis Sarawak sentiasa bersiap sedia menunggu perkembangan berkaitan PRN Sabah.

Sebagai kontinjen paling hampir, bantuan sumber manusia akan banyak datang dari Sarawak.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail sebelum ini memaklumkan 9,500 pegawai dan anggota akan ditugaskan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran PRN Sabah.

Penugasan itu melibatkan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri yang bakal dipertandingkan.

PDRM bertanggungjawab membantau lebih 3,500 saluran mengundi serta menjamin keselamatan pengundi.

Polis Sabah telah memohon antara 1,000 hingga 1,500 tambahan pegawai dan anggota untuk digerakkan ke negeri berkenaan. – Bernama