the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan dua lelaki, rampas 51.5 kg syabu bernilai RM2.57 juta

KUALA KANGSAR: Polis percaya berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis Methamphetamine atau syabu dengan penahanan dua lelaki serta merampas 51.501 kilogram (kg) dadah berkenaan bernilai RM2.57 juta di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin berkata kedua-duanya ditahan 4.10 petang semalam di dalam sebuah kereta jenis Mercedes-Benz berhampiran sebuah bangunan di sini.

Beliau berkata suspek pertama berusia 33 tahun bekerja sebagai operator kilang manakala suspek kedua berusia 31 tahun merupakan jurudawai elektrik.

“Hasil pemeriksaan pada bahagian belakang kereta itu, polis menemukan tiga bagasi di dalam setiap satunya berisi 16 hingga 17 bungkusan warna jingga, disyaki dadah jenis syabu seberat 51.501 kg.

“Polis turut merampas kereta Mercedes-Benz itu yang dianggarkan bernilai RM53,000 manakala keseluruhan rampasan dianggar bernilai RM2.623 juta,“ katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar dan turut dihadiri Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Khaw berkata sindiket berkenaan dipercayai aktif kira-kira empat bulan lepas dan dadah itu dipercayai diperoleh dari negeri di Utara tanah air untuk pasaran negeri ini.

“Siasatan lanjut mendapati kedua-dua lelaki itu merupakan keldai dadah dengan suspek pertama diupah sebanyak RM50,000 manakala suspek kedua dibayar RM500 bagi membawa dadah berkenan.

“Hasil semakan mendapati suspek pertama mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan dadah manakala saringan awal air kencing mendapati kedua-duanya positif terhadap dadah,“ katanya menambah dadah yang dirampas itu mampu menampung permintaan kira-kira 500,000 penagih.

Kedua-duanya kini direman seminggu hingga 23 Mac ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings