the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tingkatkan rondaan di kawasan banjir, elak jenayah pecah rumah

ARAU: Polis meningkatkan rondaan dan pemantauan di kawasan terjejas banjir dalam usaha memastikan rumah mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini selamat dan bagi mencegah jenayah pecah rumah.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata pihaknya membuat rondaan tambahan secara berkala yang turut melibatkan balai polis selain rondaan biasa oleh Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

“Kita membuat pemantauan ke atas rumah mangsa banjir dengan rondaan secara berkala yang mana kita akan mendapatkan maklumat berkaitan alamat rumah, nombor telefon rumah terlibat bagi pemantauan ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu beliau membuat tinjauan di PPS Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah dan kawasan terlibat banjir di sekitar daerah Arau.

Ahmad Mohsin turut menasihati mangsa banjir untuk tidak meninggalkan barangan berharga di rumah ketika berpindah ke PPS.

Beliau berkata sejak beberapa tahun kebelakangan ini kejadian pecah rumah atau jenayah lain tidak berlaku semasa banjir melanda daerah Arau.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings