the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Presiden Madagascar bubar kerajaan selepas protes berdarah

LUSAKA: Presiden Madagascar Andry Rajoelina mengumumkan pembubaran kerajaan pada Isnin selepas protes besar-besaran yang diketuai golongan muda sejak Khamis lalu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh manakala lebih 100 cedera dalam demonstrasi tersebut.

Rajoelina menyatakan pengakuan dan memohon maaf sekiranya anggota kerajaan tidak melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Beliau berkata beliau memahami kemarahan, kesedihan serta kesulitan akibat gangguan bekalan elektrik dan air.

Protes ini merupakan yang terbesar di Madagascar sejak beberapa tahun dan cabaran paling serius dihadapi Rajoelina sejak dilantik semula pada 2023.

Keputusan pembubaran kerajaan bertujuan membuka ruang dialog dengan golongan muda yang marah dengan krisis air dan gangguan elektrik.

Beliau turut berjanji melaksanakan langkah sokongan kepada perniagaan yang terkesan akibat kejadian rompakan.

Rajoelina menegaskan beliau mendengar suara rakyat dan merasai penderitaan mereka.

Bagaimanapun, Kementerian Luar Madagascar menolak angka korban PBB dengan alasan ia tidak berpunca daripada pihak berkuasa.

Kementerian tersebut mendakwa angka tersebut hanya berasaskan khabar angin serta maklumat tidak benar.

Pada Isnin, penunjuk perasaan berhimpun di sebuah universiti sambil membawa sepanduk dan cuba berarak menuju ke pusat bandar.

Mereka bersurai selepas polis melepaskan gas pemedih mata untuk membubarkan perhimpunan tersebut. – Bernama-Anadolu

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings