the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH – Ramli

HULU SELANGOR: Masyarakat Orang Asli adalah kawan kepada Barisan Nasional (BN), sekali gus perlu menyokong calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.

Ahli Parlimen Cameron Highlands dari BN Datuk Seri Ramli Mohd Noor berkata seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.

“Orang Asli di DUN Kuala Kubu Baharu kena undi, pangkah PH. Tuan puan tahu kenapa? Sebab sekarang BN dengan PH adalah kawan. Kita tak mahu tikam kawan. PH membantu kita (BN) menang di (PRK DUN) Pelangai.

“Seperti mana Presiden Umno (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) pernah bercakap, setiakawan itu adalah kena sokong menyokong dan kena pastikan kestabilan politik. Jadi saya berharap suku kaum Temuan di DUN KKB ini jangan sesekali lupa dan pastikan kesetiaan itu ada dengan memangkah calon PH,” katanya.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu berkata demikian pada sesi ramah mesra bersama Orang Asli Kampung Tun Razak yang turut dihadiri oleh Pang di sini hari ini.

DUN KKB memiliki tujuh perkampungan Orang Asli dengan jumlah pengundi berdaftar adalah seramai 1,279.

Pada PRK berkenaan, Pang yang mewakili Kerajaan Perpaduan ditentang oleh tiga pencabarnya Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mei sebagai hari mengundi manakala pengundian awal pada 7 Mei.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Geohan wins RM40.9m KLCC contract, order book stays at RM420m

The geotechnical specialist has secured a RM40.9 million contract for a two-tower serviced apartment project in Kuala Lumpur, with works scheduled for completion in 2027.

Ancom Nylex net profit rises 28.3% to RM81.4m in FY26

Higher selling prices and improved operational efficiency in its Industrial Chemicals division lifted Ancom Nylex's FY26 earnings to near-record net profit despite ongoing market challenges.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings