the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Projek NCH pacu pembangunan wilayah utara Sarawak – Nanta

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

LIMBANG: Projek Lebuhraya Pantai Utara Sarawak (NCH) dijangka menjadi pemangkin utama dalam meningkatkan keterhubungan dan pembangunan di wilayah utara Sarawak, menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau menegaskan bahawa projek strategik ini melibatkan kawasan Lawas dan Limbang sebagai sebahagian daripada rangkaian jalan raya utama negeri, khususnya bagi menghubungkan kawasan yang sebelum ini terpisah oleh wilayah Brunei.

“Dalam mesyuarat di Limbang hari ini, saya duduk semeja bersama pasukan teknikal daripada JKR Sarawak dan Persekutuan, Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) untuk menyelaras pelaksanaan teknikal projek NCH. Ia lambang kerjasama erat kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak,” katanya.

NCH akan menyediakan laluan alternatif domestik yang menghubungkan bandar utama seperti Miri, Limbang dan Lawas tanpa perlu melalui sempadan Brunei. Ini dijangka mengurangkan kebergantungan kepada laluan Miri-Temburong-Limbang yang memerlukan empat pemeriksaan imigresen.

“Projek itu akan mempercepat mobiliti, memudahkan urusan harian rakyat dan membuka akses ekonomi yang lebih luas kepada komuniti luar bandar,” tambah Nanta.

Antara komponen utama projek ini termasuk pembinaan jalan baharu sepanjang 87.96 kilometer (km), 10.16 km jalan akses, serta 27 struktur utama seperti jambatan di Sungai Limbang dan Kuala Lawas.

Lima seksyen projek sedang dilaksanakan di bawah Fasa 1 dengan jangkaan siap pada 2030, merangkumi tiga seksyen di Limbang (44.46 km) dan dua di Lawas (43.5 km).

“Ini bukan sekadar projek pembinaan jalan, tetapi jaringan masa depan untuk ekonomi, pelancongan, logistik dan kesejahteraan rakyat,” jelas beliau.

NCH juga akan melengkapi projek Pan Borneo dengan memberi tumpuan khusus kepada kawasan pesisir pantai utara serta menjadi penghubung penting antara wilayah tengah, selatan Sarawak, Brunei dan Sabah melalui sempadan Merapok.

“Inilah contoh bagaimana strategi pembangunan wilayah dapat dicapai melalui kesepaduan antara agensi dan kerajaan. Dari Lawas ke Limbang, dari sempadan ke pembangunan,” ujar Nanta. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lelaki direman tujuh hari bantu siasatan kes bunuh 

Seorang lelaki pelarian Myanmar pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh.

MACC, police to share information in MyEG, Zetrix AI investigation

The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) will work closely with the police in investigating allegations involving MyEG Sdn Bhd (MyEG) and Zetrix AI Bhd, following a formal complaint lodged with the anti-graft agency last week.

India youth shift tactics as police clamp down on election protest

With tens of thousands of security personnel deployed in key parts of the capital to block the main protest site of Jantar Mantar, protesters turned to holding flash demonstrations elsewhere, taking authorities by surprise.

Most Viewed

spot_img