the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Remaja didakwa edar 15.775 kilogram dadah

SEPANG: Seorang remaja berusia 19 tahun berhadapan dengan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini hari ini, atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 15.75 kilogram bulan lepas.

Abang Danny Abang Azlan mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Ahmad Fuad Othman, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada pukul 9.24 malam pada 19 Julai lepas, di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Aras2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah 39B(2) akta yang sama.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah dihukum sebat tidak kurang 15 sebatan jika tidak dijatuhi hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Sabrina Zubairi manakala tertuduh diwakili peguam Darren Ee.

Mahkamah menetapkan 1 Nov depan untuk sebutan semula kes dan laporan kimia.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki tempatan ditahan di KLIA Terminal 2 di sini pada 19 Julai lepas kerana disyaki cuba menyeludup dadah bernilai RM504,000 ke Sarawak.

Ketua Polis Daerah KLIA ACP Azman Shari’at berkata lelaki berusia 19 tahun itu ditahan selepas imbasan kotak makanan miliknya menunjukkan imej yang mencurigakan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings