PENGARAH Kejurulatihan Beregu Negara Rexy Mainaky menekankan kepentingan mengekalkan momentum prestasi pemain badminton Malaysia menjelang Kejohanan Dunia 2025 di Paris. Beliau mahu semua pemain terus bersemangat dan tidak berpuas hati dengan kejayaan sedia ada.
Rexy berkata, “Untuk menjadi juara itu senang, namun untuk maintain sangat susah. Saya mahu setiap pemain ada dahakan (kejayaan). Jangan hilangkan momentum kerana berdasarkan latihan, momentum itu masih ada.”
Pasangan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang mencipta sejarah sebagai juara dunia pertama Malaysia pada 2022, terus menunjukkan prestasi cemerlang dengan memenangi tiga gelaran tahun ini termasuk Kejohanan Badminton Asia 2025. Manakala, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Pearly Tan-M. Thinaah turut mencatat kejayaan masing-masing.
Namun, pasukan beregu campuran masih belum berjaya meraih sebarang gelaran musim ini. Rexy menyatakan pemain utama negara kini dalam keadaan segar selepas berehat dan bersedia untuk kembali bertanding dalam Terbuka Jepun dan Terbuka China bulan ini.
Kejohanan Dunia 2025 dijadual berlangsung dari 25 hingga 31 Ogos di Paris, manakala Terbuka Jepun (Super 750) dan Terbuka China (Super 1000) akan diadakan pada pertengahan Julai ini.