KUALA LUMPUR: Ribut petir diramal berlaku di 10 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran dikeluarkan pada 1 tengah hari memaklumkan negeri terlibat ialah Pulau Pinang dan Perak selain Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor.

Turut diramal mengalami ribut petir ialah Jelebu, Negeri Sembilan manakala Kedah di Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Bagi negeri Pantai Timur negeri terlibat ialah Pahang melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin, manakala di Terengganu melibatkan Besut, Setiu dan Hulu Terengganu, selain Kelantan di Jeli dan Kuala Krai.

Tambunan, Sandakan dan Kudat di Sabah dan Mukah, Kapit dan Bintulu di Sarawak juga diramalkan mengalami cuaca yang sama.