the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

RM1 juta untuk Kompleks Pendidikan Al-Ummah bagi pembangunan – Anwar

IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluluskan peruntukan RM1 juta kepada Kompleks Pendidikan Al-Ummah (KPU) di Chepor di sini bagi tujuan pembangunan.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata beliau melihat tidak banyak pihak yang mempunyai kesungguhan mengambil inisiatif sendiri dalam mengumpulkan dana seperti dilakukan KPU yang berjaya mengutip hampir RM6 juta.

“Pendidikan masjid ini, tuntutan kepada semua, maknanya kalau satu masjid didirikan hanya daripada peruntukan daripada (pihak) atas, ini tidak memenuhi semangat dan roh bahawa ia menjadi hak masyarakat.

“Untuk sekarang ini sebelum saya dapat teliti lagi, saya luluskan RM1 juta dulu. Minta setiausaha kerajaan negeri bantu mengingatkan Unit Penyelerasan Jabatan Perdana Menteri supaya menyegerakan dan dalam tempoh satu ke dua minggu wang itu harus sampai,” katanya ketika berucap pada Lawatan Muhibbah dan Majlis Hi-Tea di KPU Chepor di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pengerusi KPU Mohd Nasir Kamaruddin.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata bagi peruntukan lain, ia harus dibincangkan dan diteliti untuk membolehkan pihaknya berunding dengan kerajaan negeri supaya projek berkenaan siap.

Pembinaan KPU fasa satu dimulakan pada 2016 dan setakat ini menelan kos kira-kira RM6 juta dan pembinaan keseluruhan dianggarkan bernilai RM35 juta.

KPU dibangunkan untuk menangani masalah kepadatan kira-kira 2,200 orang terdiri daripada murid, guru dan staf sokongan bagi prasekolah, Sekolah Rendah Islam AI-Ummah (SERI) dan Madrasah Al-Hikmah (MADAH) setelah 36 tahun beroperasi.

Sementara itu, Anwar berkata hijrah adalah perubahan untuk melengkapkan konsep ummah, kenegaraan dan kemasyarakatan seperti yang ditonjolkan Nabi Muhammad SAW.

“Bangun kamu daripada kealpaan, ia bermula dengan diri kita, bersihkan daripada segi fizikal, keyakinan, kepercayaan dan tingkatkan akhlak serta nilai peribadi,“ katanya.

Dalam majlis berasingan, Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan khas sebanyak RM72,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Kanthan Baru, Chemor ketika menghadiri majlis Pesta Makan Buah-Buahan di sekolah tersebut.

Anwar meluangkan masa kira-kira setengah jam pada majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 1,500 tetamu dengan hidangan buah-buahan tempatan antaranya durian, jagung, manggis dan limau bali.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings