KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Sarawak kepada seluruh rakyat di negeri itu.

Menerusi catatan di Facebook beliau, Anwar berkata Sarawak kini menjadi antara negeri yang memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan negara.

“Kerajaan Persekutuan akan sentiasa memberi dukungan agar kita dapat secara bersama memungkinkan kesejahteraan buat seluruh rakyat Sarawak,” katanya.

Perdana Menteri berkata Sarawak ialah negeri yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan rencam suku kaum, dan menjadi faktor pengikat yang menjamin kesatuan, perpaduan dan kasih sayang.