• 2025-07-07 03:50 PM

DAERAH Sarikei bakal menjadi tumpuan peminat larian dengan penganjuran Sarikei Tuanku Haji Bujang Bridge Half Marathon 2025 pada 24 Ogos ini.

Acara ini diadakan di pekarangan Dewan Suarah dan bertujuan mempromosikan jambatan ikonik tersebut sebagai tarikan pelancongan serta simbol kemajuan infrastruktur.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh berkata, “Melalui acara ini, masyarakat tempatan dan pengunjung bukan sahaja dapat menghayati keindahan kawasan sekitar tetapi turut menyemarakkan semangat kesukanan dan perpaduan komuniti.”

Acara ini terbuka kepada semua peringkat umur dengan tiga kategori larian iaitu 21 km, 10 km, dan 5 km.

Sasaran penyertaan ditetapkan sebanyak 1,000 peserta. Len Talif yang juga ADUN Kuala Rajang menekankan bahawa acara ini bukan sekadar pertandingan sukan, tetapi juga platform untuk mempromosikan Sarikei sebagai destinasi pelancongan berpotensi tinggi. - Bernama