the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sirajuddin dilantik ketua pengarah JAKIM – KSN

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dilantik sebagai Ketua Pengarah JAKIM yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam kenyataan berkata pelantikan Sirajuddin, 57, merupakan satu daripada usaha memperkasakan penyampaian perkhidmatan hal ehwal Islam seiring dengan agenda reformasi perkhidmatan awam dan memperkukuhkan JAKIM sebagai jabatan peneraju hal ehwal Islam di Malaysia.

Beliau berkata Sirajuddin yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pengarah (Dakwah) di Jabatan Agama Islam Selangor pada 2 Jan 1992.

Sirajuddin yang juga lulusan Ijazah Sarjana Sains Teknologi Maklumat dari Universiti Teknologi MARA dan Ijazah Doktor Falsafah (Sains Komputer) dari University of South Australia itu pernah berkhidmat sebagai Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM serta Setiausaha Pertama (Halal) di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Canberra, Australia.

Pada masa sama, Shamsul Azri turut mengumumkan pelantikan Ketua Pengarah JAKIM terdahulu, Datuk Hakimah Mohd Yusoff sebagai Penyelaras Hal Ehwal Agama yang melibatkan koordinasi antara JAKIM, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Halal Development Corporation Bhd (HDC) berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata pelantikan Hakimah yang pernah melakar sejarah wanita pertama dilantik Ketua Pengarah JAKIM itu bertujuan memangkin pengurusan hal ehwal halal Malaysia yang cekap dan berkesan serta diiktiraf di seluruh dunia.

“Semoga dengan pelantikan ini dapat memacu JAKIM ke arah mengangkat kemuliaan agama Islam dan memartabatkan JAKIM sebagai agensi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan yang komprehensif serta berdaya saing di persada global,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings