the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SOP baharu: Kes kanak-kanak mesti selesai dalam setahun

KOTA TINGGI: Kerajaan akan melancarkan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi memastikan semua kes melibatkan kanak-kanak diselesaikan dalam tempoh setahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata garis panduan berkenaan akan dilancarkan pada 24 Okt ini di Istana Kehakiman sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh sistem keadilan kanak-kanak di negara ini.

Menurut Azalina, langkah itu juga antara lain bagi mengatasi kelewatan prosiding mahkamah yang menyebabkan kanak-kanak enggan tampil semula sebagai saksi apabila dewasa.

“Kita nakkan supaya semua kes yang melibatkan kanak-kanak sama ada yang didakwa ataupun menjadi mangsa, kes-kes ni mesti diselesaikan dalam masa satu tahun. Itu akan menjadi garis panduan kepada mahkamah.

“Bagi pihak hal ehwal undang-undang dan mahkamah, memang fokus kalau kanak-kanak jadi pelaku atau mangsa, kes melibatkan mereka mesti menjadi keutamaan. Itu yang akan Ketua Hakim Negara dan Hakim Besar Malaya pun setuju,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Mahkamah Pengerang, di sini hari ini.

Beliau berkata dalam usaha menyelesaikan kes melibatkan kanak-kanak, kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif misalnya penggunaan kemudahan seperti van keterangan bagi memudahkan proses pengambilan keterangan saksi bawah umur.

Sementara itu, Azalina berkata cadangan larangan penggunaan telefon pintar bagi pelajar berumur 16 tahun ke bawah seperti disyorkan Jemaah Menteri semalam, perlu dilihat seiring dengan pelaksanaan instrumen undang-undang sedia ada bagi melindungi keselamatan dan kebajikan kanak-kanak.

Beliau berkata isu penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar perlu diperhalusi dengan mengambil kira amalan di beberapa negara lain yang menetapkan had umur antara 13 hingga 16 tahun.

“Saya percaya Menteri Kabinet telah berbincang mengenai perkara ini dan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil juga berkata perkara ini masih dalam perbincangan bersama platform media sosial.

“Yang penting, kita sudah ada akta ancaman dalam talian yang telah dibangunkan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU). Pelaksanaan akta itu akan membantu penguatkuasaan dan pemantauan terhadap platform media sosial apabila diarahkan kerajaan,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dipetik berkata langkah itu dipertimbangkan susulan kebimbangan terhadap kesan ketagihan serta kecenderungan kepada perilaku jenayah akibat pendedahan berlebihan terhadap kandungan digital.

Mahkamah Pengerang yang dibina pada Mei 2022 dengan kos kira-kira RM17 juta dan siap sepenuhnya pada Ogos lepas, dijangka memulakan operasi pada 1 Nov ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

PM Anwar urges support for Malaysian Muay Thai title bid

KUALA LUMPUR, July 22 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has called on Malaysians to rally behind national Muay Thai athlete Ahmad Nor Iman Aliff Rakib as he prepares to challenge for the ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship this Friday.In a Facebook post today, Anwar said Ahmad Nor Iman Aliff has the opportunity to make history as the first Malaysian combat sports athlete to qualify for a shot at the world title."Let us all give our full support to Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, who will be competing for the ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship this Friday."May you continue to raise Malaysia's name on the world stage and inspire the younger generation to achieve success at the highest level," he said.Ahmad Nor Iman Aliff will face Thai Muay Thai legend Sam-A Gaiyanghadao for the title at Lumpinee Stadium in Bangkok.

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings