Your Title

KUALA LUMPUR: Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius, kompleks dan berstruktur yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata susulan itu Kementerian Dalam Negeri (KDN) merumuskan tiga hala tuju untuk membuat penambahbaikan terhadap SOSMA.

“Pertama kerajaan akan membuat semakan semula terhadap senarai atau jadual kesalahan-kesalahan yang tidak boleh dijamin mutlak dan kesalahan yang boleh dijamin dengan budi bicara mahkamah mengikut tahap keseriusan.

“Ada 73 kesalahan yang terangkum di bawah akta ini dan mulai sekarang kita akan semak balik dan kita akan tengok kesalahan apa yang kita kekal kategori sebagai tidak boleh dijamin dan kesalahan apa kita akan beri mahkamah untuk membenarkan ikat jamin,” katanya pada sesi penerangan menteri mengenai SOSMA di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Saifuddin Nasution berkata kerajaan juga akan mengkaji keperluan dan kesesuaian untuk mewujudkan Mahkamah Khas SOSMA seperti Mahkamah Khas Rasuah dan Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak supaya kes berkaitan SOSMA tidak menunggu lama untuk dibicarakan.

-- Akan datang lagi