the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Steven Sim hargai legasi Rabindranath Tagore

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong menzahirkan penghargaan kepada Penerima Hadiah Nobel untuk Kesusasteraan India Rabindranath Tagore, dengan berkongsi antara hasil karya penting pujangga itu,

Memetik sebaris daripada naskhah tersohor Tagore ‘Gitanjali’ – “Pride can never approach to where thou walkest in the clothes of the humble among the poorest, and lowliest, and lost,“ Sim menyatakan rangkap itu menjadi panduan penting falsafah peribadi dan kementeriannya.

“Rangkap itu menjadi salah satu daripada nilai pembimbing Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) serta diri saya sendiri. Sejak perlantikan saya hampir setahun lalu, pada bulan Disember tahun lepas, saya komited untuk memberi tumpuan dan memperkasa kumpulan yang termiskin, terendah dan terpinggir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis Life At Work Awards (LAWA) 2024, yang diadakan baru-baru ini, dengan tema ‘Old Malaya’.

Tagore merupakan seorang pujangga, penulis, komposer, ahli falsafah dan pelukis Bengali yang dikenali meluas kerana sumbangannya kepada gerakan kebudayaan Bengal.

Hasil karyanya mempengaruhi dunia kesusasteraan Bengali juga muzik dan seni India menerusi Contextual Modernism pada lewat kurun ke-19 dan ke-20. Beliau dinobat sebagai Penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan pada tahun 1913 dengan menerima pingat emas yang memaparkan imej Alfred Nobel dan hadiah wang.

Sim mengimbau kunjungan Tagore ke Malaya (Malaysia) pada tahun 1927 yang mana pujangga itu singgah di Singapura, Muar, Melaka, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

“Ke mana sahaja beliau pergi, beliau memberi syarahan umum, mengungkap puisi dan diberi sambutan besar-besaran oleh para peminat serta pengikutnya.

“Empat belas tahun sebelum kunjungannya ke Malaya, beliau menjadi orang Asia pertama memenangi Hadiah Nobel untuk Kesusasteraan,” katanya.

Menurut Sim, “Gitanjali”, koleksi puisi terkemuka Tagore yang membuatkan beliau dipilih sebagai penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan pada tahun 1913, merupakan refleksinya mengenai kuasa kesusasteraan untuk membentuk peribadi serta kemajuan hubungan masyarakat.

“Saya tidak memahami bahasa Bengali, tetapi ada masa saya mendengar Gitanjali (versi Inggeris) dalam lagu di YouTube. Lirik dan iramanya sungguh indah,” tambahnya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings