MELAKA: Seorang sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) maut dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Ayer Keroh berdekatan Penjara Dusun Dato’ Murad hari ini.
Mangsa, Akmal Aniq Mohamed Ariff, 22 tahun, meninggal dunia akibat kecederaan dalaman di Hospital Melaka.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kejadian berlaku pada 12.45 tengah hari.
“Kemalangan berlaku apabila lelaki berusia 41 tahun yang memandu Toyota Innova dari arah Ayer Keroh melanggar mangsa dari belakang di lorong susur jalan,“ katanya.
Mangsa disahkan meninggal dunia pada 3.40 petang.
Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama