the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Taman Perindustrian IBS Sungai Bagan dijangka siap sepenuhnya Mac 2025

MACHANG: Fasa pertama Taman Perindustrian Sistem Binaan Berindustri (IBS) di Sungai Bagan berkeluasan lebih 80 hektar di sini, dijangka siap sepenuhnya pada Mac tahun depan.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata setakat ini, projek berkenaan telah disiapkan hampir 50.5 peratus meliputi penyediaan infrastruktur.

Beliau berkata pembangunan fasa pertama bermula 15 Ogos 2022 dilaksanakan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan merangkumi penyediaan infrastruktur bagi 47 lot perindustrian, 60 lot komersial dan satu lot pusat kecemerlangan IBS melalui peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bernilai RM90 juta.

“Semua 47 lot perindustrian telah terjual, kita jangka taman perindustrian IBS pertama di Malaysia ini siap sepenuhnya pada 4 Mac 2025,“ katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke taman perindustrian itu di sini hari ini.

Ahmad berkata projek berimpak tinggi yang dibangunkan bersebelahan jajaran Central Spine Road itu akan menjadi peneraju dalam merancakkan industri pembinaan khususnya di wilayah pantai timur serta menyediakan 3,500 peluang pekerjaan.

Beliau berkata projek itu akan dijadikan contoh untuk diadaptasi di wilayah lain iaitu zon utara, selatan, tengah, Sabah dan Sarawak bagi melengkapkan ekosistem strategik IBS di seluruh negara.

Penggunaan teknologi IBS katanya selari dengan saranan Kementerian Kerja Raya dalam mengurangkan kebergantungan pekerja asing daripada 37 peratus kepada 15 peratus menjelang 2030.

Taman Perindustrian Sungai Bagan adalah hasil kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Kelantan yang dimeterai pada Oktober 2021 bertujuan menyediakan jaringan ekosistem strategik IBS khususnya bahan binaan dan tenaga mahir.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia named home of APP’s Asia Headquarters as leapmotor APP Penang Open 2026 takes...

Scheduled from July 22 to 26 at Pickle By The Sea @ Penang Gurney Drive, the tournament goes beyond elite competition to deliver an elevated social hub experience for players and spectators at every level.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings