the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiada aduan berkaitan GISBH di Johor setakat ini – Exco

JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) tidak menerima sebarang aduan mengenai dakwaan salah laku syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri itu setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid bagaimanapun berkata syarikat berkenaan sentiasa dalam pemantauan pihaknya.

“Kita juga telah dapat taklimat bersama Cawangan Khas Bukit Aman dan GISBH sentiasa dipantau dengan baik di Johor. Buat masa ini keadaan adalah terkawal dan tiada laporan atau aduan diterima.

“Kita tahu mereka berurus niaga dan bermuamalat di sini, tetapi itu (aktiviti ekonomi) tiada masalah, namun antara yang menjadi kebimbangan kita adalah membabitkan perihal ajaran iaitu sekiranya ia didapati bertentangan (ajaran Islam),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Peringkat Kebangsaan 2024 di Pusat Islam Iskandar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya JAINJ memantau pengoperasian GISBH susulan dakwaan salah laku melibatkan syarikat itu.

Mohd Fared pada masa sama berkata JAINJ bersedia untuk mengambil tindakan sekiranya terdapat sebarang aduan membabitkan syarikat itu di Johor.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai GISBH yang didakwa terbabit dalam eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja sebelum Polis Diraja Malaysia menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia lingkungan setahun hingga 17 tahun dari 18 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan dalam Op Global pada Rabu lepas.

Pada 13 Sept, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mendedahkan hasil siasatan mendapati 13 penghuni rumah amal yang dikaitkan dengan syarikat itu dipercayai menjadi mangsa liwat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings