the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 20, 2026
27.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiada kejadian pesawat terhempas di Subang, hanya simulasi kecemasan – Polis

KUALA LUMPUR: Polis menafikan berlakunya insiden sebuah pesawat Boeing 737 membawa 77 penumpang terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata sebaliknya, ia hanyalah simulasi kecemasan mengendalikan insiden pesawat terhempas dengan penglibatan bersama beberapa agensi penyelamat.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) turut memantau latihan malam tadi,“ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu, tular laporan berhubung insiden pesawat terhempas yang menyebabkan 10 maut dan 67 lagi cedera di aplikasi WhatsApp.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings