the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga ditahan bantu siasatan kes kanak-kanak perempuan hilang

JOHOR BAHRU: Polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di sebuah pusat beli-belah di Iskandar Puteri pada Sabtu.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia 28 hingga 55 tahun itu ditahan kira-kira 1.30 tengah hari di sekitar Iskandar Puteri semalam.

Beliau berkata bagaimanapun kanak-kanak berkenaan, Albertine Leo Jia Hui masih belum dijumpai setakat ini.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan sebarang maklumat boleh disalurkan ke hotline Polis Johor menerusi talian 019-2792 095 atau Bilik Gerakan 07-2212 999.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan sebelum ini dilapor meminta bantuan orang ramai untuk mengesan kanak-kanak itu yang disedari hilang oleh bapanya di pusat beli-belah berkenaan kira-kira 8.30 malam.

Beliau dipetik berkata kanak-kanak berketinggian lebih kurang 120 sentimeter, rambut panjang berwarna hitam, kulit cerah dan tubuh sederhana kurus itu memakai kemeja T berwarna putih dengan gambar ‘Mickey Mouse’ pada bahagian dada dan berseluar pendek.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings