MINA: Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi Sheikh Abdullatif Al Alsheikh pada Jumaat mengadakan pertemuan dengan tokoh Islam Malaysia yang menyertai Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci bagi Haji, Umrah dan Ziarah anjuran kementerian itu.
Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), delegasi Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kepimpinan Arab Saudi atas layanan istimewa dan perhatian yang diberikan kepada jemaah, serta penganjuran cemerlang yang memastikan kelancaran ibadah sepanjang musim haji.
Mereka turut memuji peranan utama Kerajaan Arab Saudi dalam memartabatkan Islam dan umatnya, selain menekankan usaha berterusan kementerian dalam menyebarkan nilai kesederhanaan serta mempromosikan imej Islam yang sebenar.