WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata beliau tidak mencapai sebarang kemajuan ke arah gencatan senjata di Ukraine semasa perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Rusia Vladimir Putin pada Khamis.
“Kami mengadakan panggilan telefon. Ia agak panjang. Kami berbincang mengenai banyak perkara, termasuk Iran dan seperti yang anda tahu, kami juga berbincang mengenai perang dengan Ukraine.
“Saya tidak gembira tentang perkara itu,” kata Trump kepada pemberita ketika beliau berlepas dari Washington, DC menuju ke Iowa.
“Tidak, saya tidak capai sebarang kemajuan dengannya hari ini,” tambahnya.