the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

UNRWA lapor 450,000 penduduk Rafah tinggalkan kediaman susulan serangan bom berterusan Israel

KUALA LUMPUR: Hampir 450,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka di Rafah sejak 6 Mei lepas, susulan serangan bom yang berterusan oleh Israel, menurut Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

“Jalan-jalan kosong di Rafah ketika keluarga terus melarikan diri untuk mencari keselamatan.

“Orang ramai menghadapi keletihan, kelaparan dan ketakutan yang berterusan. Tiada tempat yang selamat. Gencatan senjata segera adalah satu-satunya harapan,“ katanya menerusi hantaran di platform media sosial X.

UNRWA turut memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan jalan-jalan kosong di Rafah.

Sementara itu, jurucakap UNRWA Louise Wateridge berkata kawasan pedalaman di Rafah kini menjadi “bandar hantu”.

“Sukar untuk mempercayai terdapat lebih sejuta orang yang berlindung di sini hanya seminggu yang lalu.

“Keluarga telah bergerak sejauh mungkin ke arah barat, kini sampai ke kawasan pesisiran dan di sepanjang pantai,“ catatnya di platform X.

Perkembangan itu berlaku ketika kereta kebal Israel bergerak lebih jauh ke dalam Rafah pada Selasa, sampai ke beberapa kawasan kediaman di sepanjang sempadan selatan Gaza dan menyebabkan kemusnahan dan kerosakan yang besar.

Pada Selasa, Ketua PBB Antonio Guterres sekali lagi mengulangi seruannya untuk gencatan senjata kemanusiaan segera bagi membolehkan penghantaran bantuan lebih banyak ke Gaza.

“Saya menegaskan kembali seruan saya untuk gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza dan pembebasan semua tahanan. Saya mendesak agar pintu masuk Rafah dibuka dengan segera dan akses bantuan kemanusiaan di seluruh Gaza tanpa halangan,” dalam hantarannya di platform X.

Sementara itu, Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berkata pencerobohan darat dan pertempuran sengit juga terus dilaporkan di Kem Pelarian Jabaliya, bandar Gaza dan timur Rafah.

Terdahulu, Penolong Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Timbalan Penyelaras Bantuan Kecemasan, Joyce Msuya berkata perang di Gaza telah menjadi “kesan moral terhadap hati nurani kemanusiaan kolektif kita” dan telah memasuki “satu lagi fasa yang mengerikan”.

Menyifatkan Gaza sebagai “neraka bagi berjuta-juta orang yang terperangkap di bawah pengeboman tanpa henti,“ Msuya berkata mereka yang terselamat daripada kematian dan kecederaan “kini berisiko kehilangan nyawa kerana kekurangan makanan, air yang selamat, ubat-ubatan dan penjagaan kesihatan”.

“Lintasan Rafah dan Kerem Shalom merupakan ‘talian hayat’ bagi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza.

“Kami juga memerlukan pihak berkuasa Israel untuk mematuhi kewajipan mereka bagi memudahkan akses yang selamat, cepat dan tanpa halangan bagi bantuan kemanusiaan dan pekerja kemanusiaan. Ini termasuk untuk UNRWA, yang telah menjadi tonggak utama dalam respons kemanusiaan di Gaza,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings