the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Usah pertikai dokumen perlembagaan berkaitan penubuhan Malaysia – Wan Junaidi

KUCHING: Penubuhan Malaysia pada 1963 adalah berasaskan dokumen-dokumen Perlembagaan yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak harus dipertikaikan.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata dokumen-dokumen berkenaan terdiri daripada Memorandum Jawatankuasa Perundingan Solidariti Malaysia, Laporan Suruhanjaya Cobbold, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC Report).

Akta Malaysia 1963 (UK), Akta Malaysia 1963 (Tanah Melayu), Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Perjanjian tambahan kepada Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963.

“Dalam erti kata lain, dokumen-dokumen Perlembagaan tersebut adalah roh dan semangat MA63,” katanya dalam perutusan sempena Sambutan Hari Malaysia ke-61 hari ini.

Beliau berkata penggabungan tiga wilayah terdiri daripada Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah melalui MA63 merupakan batu asas hakiki menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara lebih besar dan berkembang maju secara berimbang.

Wan Junaidi berkata sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang dibentuk bersama dengan Perlembagaan Malaysia telah menyaksikan kebersatuan tiga wilayah berkenaan.

Beliau berkata Malaysia telah berkembang maju setelah enam dekad melalui pelbagai cabaran dan rintangan sebelum berdiri megah di persada dunia, dengan perpaduan merupakan tunjang utama untuk kemajuan berterusan ini.

Menurut beliau, usaha mengintegrasi masyarakat berbilang kaum, budaya dan kepercayaan dari pelbagai wilayah dan latar belakang bukanlah tugas mudah dan meminta semua rakyat bertekad untuk bersama-sama menghayati sejarah pembentukan Malaysia.

“Marilah kita sama-sama menjulang aspirasi Malaysia menerusi fakta sejarah ini. Janganlah kita berbalah, memporak-perandakan harmoni yang telah sekian lama terbina,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings