Sunday, November 9, 2025
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita cuba serang Sultan Perak direman tiga hari

IPOH: Seorang wanita tempatan yang cuba menyerang Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di atas pentas utama ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak semalam, direman selama tiga hari.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata tempoh reman yang bermula hari ini hingga Rabu dikeluarkan oleh Majistret Wardah Nabilah Mohd Abd Wahab.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah.

Terdahulu wanita berrusia 41 tahun itu tiba di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh kira-kira 10.15 pagi diiring seorang anggota polis.

Semalam, polis menahan wanita tersebut yang cuba menyerang Sultan Nazrin di atas pentas utama ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak di sini.

Wanita yang mempunyai rekod rawatan psikiatri itu kemudian ditahan pengawal keselamatan bertugas selepas masuk melalui tepi pentas ketika lagu kebesaran negeri Perak berkumandang – BERNAMA

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Personal ties hinder border enforcement

Long-standing familiarity between border enforcement personnel and river communities along Sungai Golok has fostered a pattern of sympathy-driven tolerance that undermines security control
spot_img

Popular Categories