the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso

KUALA LUMPUR: Waris kepada Muhammad Isa Muhammad Veeramohan, 31, kru kapal warga Malaysia yang dilaporkan terjatuh ke laut ketika memasang pilot ladder di perairan Chittagong, Bangladesh Rabu lepas, layak menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011, berikutan itu, ibu bapa Allahyarham layak menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) dan Faedah Orang Tanggungan (FOT) kerana Allahyarham belum berkahwin.

“Ibu bapanya, Muhammad Veeramohan Abdullah, 72, dan Rabiah Buang, 61, menerima FPM sebanyak RM2,000 secara sekali bayar serta akan menerima FOT bulanan berjumlah RM1,417.32 untuk sepanjang hayat mereka.

“Kementerian dan Perkeso berharap bantuan diberikan mampu membantu waris keluarga meneruskan kehidupan selepas ketiadaan Allahyarham,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan Perkeso hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Sumber Manusia dan Perkeso turut menzahirkan penghargaan kepada Kesatuan Kebangsaan Pelaut-pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM) yang banyak membantu dalam proses pengumpulan maklumat berhubung insiden itu.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa Skuad Perkeso Prihatin hadir ke kediaman waris di Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang untuk menyerahkan bayaran FPM dan kotak prihatin.

Terdahulu, media melaporkan mayat mangsa ditemukan pasukan penyelamat pada 10 Mei lepas, dua hari selepas dilaporkan terjatuh pada 8 Mei kira-kira 8.15 pagi.

Kejadian dilaporkan berlaku sehari selepas kapal terbabit tiba di perairan Chittagong dari Singapura.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings