the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi: Beri masa kepada Dr Zaliha pertimbang cadangan pilihan raya PBT

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa (gambar) perlu diberi masa untuk mempertimbangkan gesaan DAP supaya pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) diadakan di ibu negara, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi yang merupakan Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata ini berikutan Dr Zaliha baru sahaja dilantik ke jawatan itu baru-baru ini dan isu tersebut memerlukan penilaian yang sewajarnya kerana ia melibatkan keputusan dasar utama.

“Saya fikir sekarang kita perlu memberinya sedikit masa, beliau baru sahaja memegang jawatan itu. Saya telah bercakap dengannya secara ringkas pagi ini. Ini adalah keputusan dasar utama dan tidak boleh dipandang ringan. Saya percaya kita mempunyai proses dalaman yang perlu kita lihat secara keseluruhan,“ katanya selepas merasmikan majlis pelancaran OK VISION di sini hari ini.

Selain itu, Fahmi berkata Pesuruhjaya Bangunan (CoB) telah memaklumkan bahawa 95 peratus hartanah strata di seluruh Kuala Lumpur tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka pada 2018.

“…dan kira-kira 97 peratus gagal menyerahkan akaun kewangan mereka yang telah diaudit untuk 2018. Ini adalah isu yang sangat serius yang kita hadapi dan ini bukan sahaja berkaitan dengan pilihan raya kerajaan tempatan tetapi pilihan raya hyperlocal,“ katanya.

Fahmi berkata Dr Zaliha perlu diberi masa untuk mempertimbangkan keseluruhan keadaan kerana beliau juga perlu meneliti perkara itu untuk Putrajaya dan Labuan.

Semalam, media melaporkan Pengerusi DAP Kuala Lumpur Tan Kok Wai menggesa kerajaan memulakan pilihan raya PBT di ibu negara terlebih dahulu bagi menyemarakkan demokrasinya.

Tan berkata pengenalan pilihan raya PBT di Kuala Lumpur bertujuan untuk kelestarian dan memberi pilihan kepada penduduknya memilih ahli majlis tempatan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings