the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hannah percaya konflik PJS-MOM mampu diselesaikan secara profesional

SHAH ALAM: Satu perjumpaan antara Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini, diharap dapat menoktahkan konflik antara MOM dan Pesuruhjaya Sukan (PJS).

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh (pix) berkata menerusi perjumpaan itu beliau percaya konflik yang timbul mampu diselesaikan secara profesional, selain meminta MOM dan PJS terus diberikan ruang untuk bertenang.

“PJS adalah jawatan yang cukup penting untuk menguatkuasakan akta pembangunan sukan, seperti saya telah nyatakan dalam Parlimen ekosistem sukan yang harmoni sangat penting.

“Jadi saya percaya dengan courtesy call antara KSU (Dr Nagulendran Kangayatkarasu), Ketua Pengarah MSN (Abdul Rashid Yaakub) bersama Presiden MOM (Tan Sri Mohamad Norza Zakaria), saya percaya perkara itu kita boleh selesaikan dengan cukup profesional dan tenang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan konflik PJS dan MOM pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan MSN di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin di sini hari ini.

Pada masa sama, Hannah berkata keutamaannya adalah untuk menyelesaikan isu e-sukan yang menjadi masalah pokok dalam konflik antara PJS dan MOM itu.

“Jadi isu pokok e-sukan belum diselesaikan, itu adalah keutamaan saya, kerana atlet e-sukan memang telah minta kita selesaikan antara MEGA (Persatuan Tadbir Urus Sukan Elektronik Malaysia) dan MESF (Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia),” katanya.

Konflik antara PJS dan MOM tercetus apabila satu audio tersebar mengenai kata-kata ugutan yang didakwa dikeluarkan PJS sehingga ingin membatalkan pendaftaran MOM.

Terdahulu, UiTM dan MSN menyambung MoU yang berakhir Januari lepas untuk tempoh tiga tahun selepas kolaborasi mereka yang menawarkan peluang kepada atlet mahupun kakitangan MSN mendapatkan pendidikan tinggi menampakkan hasil positif.

“UiTM menawarkan 13 kampus kepada MSN untuk menyerap masuk atlet-atlet di bawah naungan MSN. Itu adalah satu peluang dan kerjasama yang sangat bagus dan strategik. Saya percaya menandatangani MoU ini semula dapat memberi impak lebih baik lagi antara UiTM dan MSN,” kata Hannah. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Jollibee Group brands recognized as top three most valuable restaurant brands in Brand Finance...

Jollibee Group brands Jollibee, Mang Inasal, and Chowking were recognized in the Brand Finance Philippines 50 2026 report as the country's top three most valuable restaurant brands, with Jollibee leading the restaurant sector and accounting for around 80% of total restaurant brand value.

Cigna Healthcare Hong Kong enhances VHIS Flexi Plan (Superior) with expanded regional medical coverage...

Cigna Healthcare Hong Kong today announced enhancements to its Cigna VHIS Series – Flexi Plan (Superior), strengthening its medical insurance offering to help customers better manage rising healthcare costs and access quality health care locally, regionally and overseas.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings