• 2024-02-05 08:18 PM

KOTA BHARU: Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Samad, meninggal dunia tengah hari tadi.

Allahyarham Salwani Yusof, 43, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada 1.15 tengah hari.

Ketua Angkatan Wanita Amanah (Awan) Kelantan Dr Hafidzah Mustakim mengesahkan perkara itu dan memaklumkan Salwani meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

“Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Kenali malam ini,“ kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama itu ketika dihubungi hari ini.

Khalid yang juga Pengerusi Amanah Kelantan mendirikan rumah tangga bersama Salwani pada 2022. -Bernama