the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JKM Kelantan dedah pengemis raih pendapatan sehingga lima angka pada Ramadan

PASIR MAS: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan mendedahkan pengemis di negeri ini mampu meraih pendapatan sehingga lima angka sepanjang Ramadan.

Pengarah JKM negeri Said Sudip yang mengesahkan perkara itu berkata berdasarkan hasil operasi bersepadu yang dijalankan mendapati seorang pengemis mampu memperoleh pendapatan melebihi RM300 sehari.

“Memang setiap tahun aktiviti ini menjadi trend pada Ramadan malah jumlah pengemis juga meningkat sama ada dalam kalangan penduduk tempatan mahupun pendatang terutamanya dari Thailand.

“Antara alasan yang sering diberikan oleh pengemis ini tiada pendapatan, wang tidak cukup, kes mental dan sebagainya,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Pasca Banjir Sempena Program Kembali Ke Sekolah 2024 di Sekolah Kebangsaan Rahmat, di sini hari ini.

Said berkata ada juga warga tempatan dan pendatang yang sihat tubuh badan berpura-pura sakit atau cacat bagi meraih simpati orang ramai dan sikap pemurah penduduk tempatan turut menjadi faktor peningkatan aktiviti mengemis.

JKM Kelantan telah menahan 25 pengemis berusia lingkungan 30 hingga 70 tahun dalam tiga operasi berkala sepanjang Ramadan ini dan satu operasi bersepadu yang dilakukan bersama pihak berkuasa tempatan dan beberapa agensi penguat kuasa.

“Pengemis asing akan diserahkan kepada pihak imigresen untuk tindakan lanjut manakala amaran akan diberikan kepada pengemis tempatan bagi mengekang aktiviti itu,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber Crimes Bill should target insider negligence, says senator

Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam added that protecting Malaysia’s digital ecosystem should not stop at defending against external cyberattacks but must also address vulnerabilities arising from within public institutions

Lazada Malaysia United Over 300 Creators, Brands and Retailers to Strengthen Social Selling for...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 – Lazada Malaysia is strengthening social selling by giving creators deeper, firsthand knowledge of the products and brands they recommend, helping consumers make more informed purchasing decisions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings