the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPPA: Nilai H.E.M.A.T panduan mantapkan perkhidmatan awam kepada rakyat

PUTRAJAYA: Penjawat awam diseru berpegang kepada nilai H.E.M.A.T sebagai panduan dalam melaksanakan tugas dan menyampaikan perkhidmatan bermutu kepada rakyat.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz (gambar) dari sudut tafsiran, H.E.M.A.T membawa dua maksud iaitu sikap penjawat awam dalam membelanjakan dana awam secara berjimat cermat dan tidak boros.

H.E.M.A.T dari segi sifat pula merujuk kepada cara penjawat awam menjalankan tugas dengan pengamatan dan penelitian secara mendalam.

H.E.M.A.T merupakan akronim kepada Hijrah Tatakelola, Empati Rakyat, Minda Pekin, Apresiasi Inovasi dan Telus Tadbiran yang mengehendaki penjawat awam untuk sentiasa berani berhijrah menerusi kepekaan dengan tuntutan perubahan semasa, menjalankan tugas dengan rapi, cekap dalam pelaksanaan tugas dan mengamalkan komunikasi secara efisien.

“Dalam tempoh lebih sebulan saya berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), saya banyak membuat pemerhatian untuk memahami fungsi, peranan dan bidang tugas JPA. Berdasarkan penelitian saya, sudah tiba masanya penjawat awam memerlukan suatu nilai baharu sebagai pegangan dan panduan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya dalam majlis amanat bersama warga JPA, di sini hari ini.

Wan Ahmad Dahlan berkata nilai H.E.M.A.T perlu sejajar dengan dasar Malaysia MADANI dan aspirasi “G.R.E.A.T. Civil Service” yang diperkenalkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali pada 2023 agar implementasi nilai baharu itu kelak dapat memenuhi segala hasrat yang telah digariskan.

Selain itu, katanya penjawat awam perlu sentiasa mendengar dan memahami permasalahan rakyat, prihatin dan menyayangi rakyat serta menumpukan kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif yang dapat memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

“Perkhidmatan awam juga amat memerlukan budaya Apresiasi Inovasi dengan sentiasa menyokong dan menghargai perkembangan idea-idea baharu bagi memperkasakan perkhidmatan, meneroka pelbagai inisiatif baharu yang bersesuaian dengan kehendak semasa dan berusaha untuk memartabatkan inisiatif digital baharu yang efisien.

“Telus Tadbiran pula memerlukan penjawat awam berusaha untuk menyematkan nilai-nilai integriti dalam menjalankan tugas seharian, sentiasa membudayakan amalan semak dan imbang bagi melancarkan pelaksanaan tugas dan meraikan pandangan luar yang dapat memantapkan lagi kualiti kerja yang dijalankan,” katanya.

Tambah beliau, bagi menjayakan H.E.M.A.T, kerangka pembaharuan perkhidmatan awam yang bertunjangkan empat teras strategik akan menjadi keutamaan pelaksanaan JPA tahun ini. Ini termasuk pemantapan modal insan terbaik perkhidmatan awam yang berkait rapat dengan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang dilaksanakan.

Fokus juga akan diberikan bagi pemerkasaan organisasi yang melibatkan rasionalisasi saiz dan perjawatan sektor awam, pendigitalan penyampaian perkhidmatan yang melibatkan penerapan kecerdasan buatan dalam sistem HRMIS (Human Resource Management Information System) dan pembudayaan nilai dan budaya baharu penjawat awam yang melibatkan implementasi pelbagai inisiatif baharu selaras dengan Malaysia MADANI, G.R.E.A.T. Civil Service dan H.E.M.A.T.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Dahlan berkata kepimpinan sektor awam juga harus peka dengan cabaran megatrends serta kesannya kepada perkhidmatan awam di Malaysia.

“Kita perlu segera membangunkan kompetensi baharu seperti celik digital dan data serta kebijaksanaan emosi dalam menyelesaikan permasalahan kompleks selain membentuk semula organisasi agar sistem penyampaian perkhidmatan semakin cekap, sentiasa relevan dan seterusnya membangunkan model kepimpinan baharu dengan mengambil kira aspek kolaboratif dan inklusif,“ katanya.

Empat cabaran megatrends dikenal pasti dalam perkhidmatan awam iaitu pemecahan, ketidakseimbangan, persaingan dan penyesuaian.

Cabaran pemecahan merujuk kepada isu kepantasan penyebaran maklumat tanpa kawalan kesahihannya, cabaran ketidakseimbangan merujuk pelaksanaan dasar yang tidak memenuhi keperluan rakyat, cabaran persaingan menjurus persaingan dalam dan antara organisasi yang akhirnya tidak menguntungkan negara manakala cabaran penyesuaian melibatkan kemampuan untuk beradaptasi dengan teknologi. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings