the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 300,000 dijangka hadiri sambutan Thaipusam di Ipoh

IPOH: Lebih 300,000 penganut Hindu dari seluruh negara termasuk pelancong asing dijangka mengunjungi Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh di sini, bagi meraikan perayaan Thaipusam tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak A. Sivanesan berkata sasaran itu merupakan peningkatan daripada jumlah pengunjung ke kuil berusia lebih 100 tahun berkenaan pada tahun lepas, susulan beberapa faktor.

“Beberapa kuil lain ditutup kerana sedang dibaik pulih selain keadaan COVID-19 semakin baik serta cuti yang sedikit panjang (hampir dengan hari minggu),“ katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sambutan Thaipusam di sini hari ini.

Beliau berkata kira-kira 10,000 penganut Hindu akan menyertai perarakan pedati bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Sungai Pari, Buntong pada awal pagi Rabu hingga kuil induk di Gunung Cheroh.

Sebanyak 400 penganut pula akan berarak membawa pelbagai kavadi bermula malam esok di lokasi sama.

“Makanan juga disediakan untuk 100,000 orang akan diedarkan di Jalan Raja Musa Aziz yang merupakan sumbangan beberapa pihak termasuk Pejabat Ahli Parlimen Tambun bermula Rabu hingga Khamis ini.

“Terdapat kira-kira 300 gerai jualan dan pelbagai agensi keselamatan didirikan di laluan itu dan sekitar kawasan kuil,“ katanya.

Sivanesan berkata anggota keselamatan seperti polis serta bomba turut ditempatkan di sekitar kawasan terlibat dengan sambutan Thaipusam selain memutuskan beberapa larangan antaranya bermain mercun, mabuk, menjual, membawa atau minum arak, atau menari di dalam mahupun di luar kawasan kuil.

“Jika mereka masih melakukan perbuatan ini maka pihak kerajaan negeri memberi kebenaran dan kebebasan sepenuhnya kepada polis untuk terus melakukan tangkapan. Jadi saya beri amaran kepada orang ramai jangan terlibat dalam kegiatan seperti ini,“ katanya.

Sementara itu, beliau meminta 600 kuil di Perak supaya melengkapkan rumah ibadat itu dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi tujuan keselamatan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Banyan Group Residences Unveils Exclusive Banyan Tree Beach Residences Varuna at Laguna Phuket

PHUKET, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Banyan Group Residences has unveiled Banyan Tree Beach Residences Varuna, a collection of just eight beachfront townhomes within Laguna Phuket.

Novum Studio Secures New Funding to Launch Ahoy Project, an AI-Native Enterprise Transformation Platform,...

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Novum Studio, the company behind Frog - a Gen Z social app often described as a "new-generation Snapchat" - said it has raised a new round of funding and will use the proceeds to launch Ahoy Project, an AI-native enterprise communication and collaboration platform, with internal testing scheduled for July 2026.

Shorter Trips, More Meaningful Experiences: OZO Taps into the Rise of Micro-trips Across Asia-Pacific

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - As travellers across Asia-Pacific increasingly look for greater flexibility and balance in the way they travel, shorter and more frequent getaways are becoming a popular alternative to waiting for one long annual holiday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings