the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MITI: Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59b

KUALA LUMPUR: Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Dalam kenyataan mengenai Perangkaan Perdagangan Luar Malaysia, katanya eksport pada suku pertama 2024 meningkat 2.2 peratus kepada RM362.41 bilion berbanding suku pertama 2023, disumbangkan oleh kenaikan eksport barangan perkilangan dan hasil galian.

Eksport barangan besi dan keluli, jentera, kelengkapan dan peralatan, barangan perkilangan logam, petroleum mentah dan gas asli cecair mencatat kenaikan ketara.

Menurut MITI, pertumbuhan telah disokong oleh peningkatan eksport ke Asean, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun.

Bagi import suku pertama 2024, peningkatan 13.1 peratus tahun ke tahun kepada RM328.19 bilion disumbangkan oleh import barangan modal dan pengantara yang digunakan dalam aktiviti pembuatan barangan untuk dieksport.

Jumlah perdagangan bagi Mac 2024 berjumlah RM244.47 bilion (Mac 2023: RM232.6 bilion) dengan eksport bernilai RM128.64 billion dan import RM115.83 bilion.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam kenyataan berasingan berkata peningkatan import sebanyak 12.5 peratus pada Mac 2024 berbanding tahun lepas, didorong terutama oleh kenaikan dalam barangan modal.

DOSM menerusi Buletin Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Malaysia berkata eksport turun secara marginal 0.8 peratus (-RM1.0 bilion) seiring dengan penurunan eksport semula sebanyak 10.2 peratus kepada RM24.5 bilion.

“Lebihan dagangan turun 52 peratus kepada RM12.8 bilion pada Mac 2024, lebihan bulan ke-47 berturut-turut sejak Mei 2020,” katanya.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata eksport yang lebih rendah disumbangkan ke Singapura sebanyak RM1.4 bilion, diikuti Australia (-RM1.2 bilion), Kesatuan Eropah (-RM1.1 bilion), Jepun (-RM450.1 juta), Hong Kong (-RM446.3 juta), Mexico (-RM398.8 juta) dan China (-RM345.9 juta).

Mengulas selanjutnya mengenai eksport, beliau berkata penurunan ini sejajar dengan kejatuhan minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit sebanyak RM1.7 bilion; keluaran petroleum (-RM1.2 bilion); barangan elektrik dan elektronik (-RM770.1 juta); dan barangan perkilangan berasaskan minyak sawit (-RM449.1 juta).

Sementara itu, import yang lebih tinggi disumbangkan terutamanya oleh Taiwan (RM5.5 bilion), diikuti oleh Emiriah Arab Bersatu (RM1.8 bilion), India (RM1.7 bilion), China (RM1.5 bilion), AS (RM1.1 bilion), Singapura (RM770.8 juta) dan Australia (RM711.3 juta), kata Mohd Uzir.

Dari segi sektor, peningkatan import dicatatkan untuk barangan elektrik dan elektronik (RM6.2 bilion); keluaran petroleum (RM3.1 bilion); petroleum mentah (RM1.8 bilion) dan jentera, kelengkapan dan peralatan (RM1.3 bilion).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings