the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pusat Kitar Semula Pandu Lalu tawar pembelian sisa makanan 10 sen sekilogram

MELAKA: Melaka menjadi negeri pertama memperkenalkan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC) yang menyediakan kemudahan pembelian sisa makanan pada harga 10 sen sekilogram.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata DTRC yang dikendalikan syarikat swasta, ArusV Greentech (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) itu dilihat dapat mengurangkan 230 tan sehari sisa makanan yang dibuang di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang.

“Saya difahamkan kemudahan ini belum lagi ditawarkan di mana-mana DTRC di Malaysia dan syarikat itu menyasar mengumpul tiga tan sisa makanan sehari daripada komuniti setempat.

“Menerusi kaedah ini, masyarakat di luar sana berpeluang mengitar semula sisa makanan melalui kaedah lebih sistematik berbanding sebelum ini membuang sisa baki ke dalam tong sampah,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran DTRC ArusV yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Datuk Ahmad Husaini Abd Rahman di Taman Perindustrian Taman Tasik Ayer Keroh.

Rais berkata DTRC itu menggunakan lalat askar hitam yang akan menghasilkan larva untuk mengurai sisa makanan yang dilihat mampu memberi nilai tambah kepada industri penternakan dan pertanian di negeri itu.

“Larva yang dihasilkan ini akan menjadi sumber makanan kepada haiwan ternakan dan sisa yang terurai ini akan diproses untuk dijadikan baja organik dalam industri pertanian serta beberapa produk lain.

“Ini merupakan antara transformasi daripada aktiviti ekonomi linear kepada ekonomi kitaran seperti ditetapkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12),“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings