the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
24.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rasuah ahli patologi: Siasatan sudah dimulakan – Ketua Polis Johor

BATU PAHAT: Polis Johor telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap sebahagian daripada 33 pegawai dan anggotanya yang terlibat dalam kes rasuah membabitkan ahli patologi di sebuah hospital.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata mereka yang terlibat telah dipindahkan tempat kerja, supaya tidak lagi melakukan penugasa yang sama sehingga siasatan selesai.

“Mereka yang dipercayai terlibat ini ada yang masih berkhidmat, ada yang dah bertukar dan ada yang sudah pencen,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Polis Sri Gading, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya memberi kerjasama penuh dan sentiasa berhubung dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan berhubung kes itu.

SPRM sebelum ini telah menahan seorang pegawai patologi sebuah hospital yang disyaki merasuah ahli patologi di sebuah hospital di negeri ini berhubung keputusan ujian saringan air kencing, dan penahanan dibuat susulan wujud persoalan berhubung ratusan kes dadah yang mungkin dilepaskan dan perlu disiasat semula ekoran perbuatan ahli patologi itu.

Beberapa media melaporkan hasil siasatan SPRM mendapati 33 pegawai dan penolong pegawai penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) seluruh daerah di Johor dipercayai terbabit bersama ahli patologi itu sejak 2018. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings