the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sambutan Pesta Ponggal beri keistimewaan tersendiri tahun ini

KUALA LUMPUR: Sambutan hari pertama Ponggal atau lebih sinonim dengan panggilan “Thai Pongal” disambut meriah serta membawa keistimewaan tersendiri kepada penganut Hindu di seluruh negara pada tahun ini.

Di KUALA LUMPUR, seorang penjawat awam Navien Ganesan, 26, yang berasal dari Sungai Petani, Kedah meluahkan rasa teruja apabila kali ini merupakan tahun pertamanya menyambut Ponggal di Kuil Sri Maha Mariamman di sini, selain berharap 2024 menjadi tahun yang memberi kejayaan baginya.

“Dekat sini (kuil) memang meriah dan ada vibe Ponggal. Sebelum ini, saya sambut di rumah dan tahun ini di kuil yang lagi meriah sebab ramai yang raikan,” katanya kepada Bernama.

Berkongsi harapan sama, Saveetra Revathi, 26, menyifatkan hari Ponggal sebagai satu pembaharuan dan mengharapkan ia dapat membawa lebih banyak tuah bukan sahaja kepada dirinya, malahan juga orang ramai.

Di PAHANG, Kuil Sri Mariamman di Jalan Sri Kemunting, Kuantan antara yang menjadi tumpuan bagi penganut agama itu menyambut Pesta Ponggal seawal 5 pagi tadi dengan beberapa acara sambutan diadakan antaranya memasak ponggal atau nasi manis.

Pada masa sama, Presiden Kuil Sri Mariamman S. Vijay Ganesan berkata sebanyak empat kilogram beras dimasak di dalam belanga hari ini bersama beberapa bahan antaranya susu, gajus dan kismis untuk dikongsikan bersama pengunjung kuil.

Di KEDAH, Pengerusi Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, N. Vadiveloo berkata pesta Ponggal disambut meriah dengan kehadiran lebih 200 penganut di kuil itu seawal 5 pagi, yang diikuti dengan upacara sembahyang dan Ponggal dilaksanakan kira-kira pukul 6.30 pagi.

Di PERLIS, perayaan Ponggal turut disambut meriah oleh masyarakat beragama Hindu di Kuil Arulmigu Arumugaswamy Dhevasthanam di Kangar yang menjadi satu upacara wajib setiap tahun bermula seawal pukul 5 pagi.

Pengerusi kuil berkenaan Dr R. Hari Ram berkata perayaan Ponggal hari ini dihadiri lebih 250 penganut agama Hindu di seluruh Perlis selama tiga hari bermula hari ini.

“Perlis kecil jadi penganut Hindu tidak ramai, tapi kami tetap menyambut Ponggal dengan meriah, kami masak Ponggal seawal 5 pagi seterusnya kami akan bersembahyang dan mengedarkan Ponggal kepada orang yang datang berkunjung,“ katanya.

Di NEGERI SEMBILAN, Presiden Kuil Sri Bala Thandayuthapani di Jalan Yam Tuan, Seremban, Kapt (B) VR. Parameswaran berkata hampir 200 masyarakat India hadir ke kuil berkenaan seawal 5 pagi untuk melakukan upacara memasak susu dengan manisan dan upacara sembahyang.

“Tahun ini sambutan sangat meriah kerana Negeri Sembilan hari ini ialah cuti umum, jadi memang ramai sejak pagi, kita jangkakan 500 ke 600 penganut akan datang ke kuil ini untuk sembahyang bagi sesi pagi dan petang. Perayaan ini bertujuan mengucapkan syukur kepada tuhan atas hasil pertanian yang banyak,” katanya.

Di PERAK, kira-kira 300 penganut Hindu hadir seawal 8 pagi di Kuil Kallumalai Arulmigu Subramaniar di Gunung Cheroh, Ipoh untuk meraikan perayaan pesta menuai Ponggal.

Pengerusi kuil berkenaan R. Seetharaman berkata sambutan perayaan pesta Ponggal di kuil itu merupakan yang terbesar di Perak, selain pihaknya akan menyediakan nasi manis dalam tempoh antara 7 pagi hingga 8.30 pagi, 10.30 pagi hingga 11.51 pagi dan 2.30 petang hingga 3 petang.

Berbeza pula di JOHOR, SELANGOR dan PULAU PINANG yang meraikan perayaan Ponggal secara sederhana, tetapi penuh bermakna buat penganut agama Hindu.

Setiausaha Kuil Arulmigu Rajamariamman Devasthanam di Jalan Ungku Puan di Johor Bahru G. Sekharan, 58, berkata meskipun hari ini merupakan hari bekerja, beliau menganggarkan kira-kira 500 hingga 700 pengunjung memenuhi kuil itu bagi meraikan pesta menuai sebagai tanda kesyukuran terhadap hidupan dan alam semula jadi yang memberi rezeki dalam kehidupan seharian.

Tinjauan di kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, di Seksyen 7 Shah Alam, Selangor dan Kuil Jalan Kebun Bunga, Pulau Pinang pula mendapati para penganut agama Hindu melakukan upacara memasak nasi dengan susu serta gula perang di dalam belanga melimpah yang menjadi simbolik kepada kebaikan untuk seluruh keluarga.

Di TERENGGANU, pekerja swasta R. Sumethi, 44, berkata aktiviti dimulakan dengan memasak nasi manis pada awal pagi ketika hari pertama perayaan Ponggal sebelum dia sekeluarga melakukan upacara sembahyang.

Ibu kepada seorang anak itu berharap bersempena dengan perayaan Ponggal ini, dia dan keluarga sentiasa di bawah lindungan tuhan dan dipanjangkan umur serta mengharapkan negara aman dan makmur.

Di MELAKA, peniaga S. Rajendran, 51, berkata dia menjual kira-kira 600 periuk tanah pelbagai saiz dengan harga daripada RM6.60 hingga RM42 seunit sejak semalam berikutan permintaan tinggi daripada masyarakat Hindu bagi meraikan Pesta Ponggal. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings